Pernahkah anda berdepan dengan situasi berada di dalm satu lif dengan seorang wanita cantik tetapi mengeluarkan bau badan yang amat tidak menyenangkan?
Bau badan atau "body odour sebenarnya merupakan sesuatu yang normal. Setiap orang menpunyai bau unik yang berbeza bergantung kepada pemakanan, kesihatan, ubat yang diambil serta jantina.
Peluh dan bau badan boleh berlaku ketika bersenam, berada di kawasan yang panas, gemuruh, cemas atau ketika tertekan.
Masalah timbul jika bau badan itu keterlaluan atau istilah perubatanya bromhidrosis sehingga menggangu orang sekeliling serta kualiti hidup seseorang.
Menurut Pakar Dermatologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr.Nazirin Ariffin, bromhidrosis secara amnya bukanlah perkara serius, cuma ia kadangkala adalah petanda sesuatu penyakit.
"Selalunya bau badan boleh ditangani dengan mudah dengan menukar cara hidup serta pemakanan.
"Namun ada kes apabila pelbagai cara telah dicuba tetapi mengalami masalah bau badan yang teruk sehingga menggagu rutin seharian.
"Ada juga yang tidak sedar bau badan mereka itu sebenarnya petunjuk mengenai penyakit yang mereka hadapi seperti tiroid terlalu aktif, hypoglisemia dan diabetes," ulasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Terangnya, ada juga kes terpencil iaitu penyakit genetik (trimethylaminuria) atau sindrom bau ikan yang membuatkan pesakit berbau hanyir.
Lelaki juga ramai yang mengalami masalah bau badan seperti wanita
TRIMETHLYLAMINURIA membuatkan pesakit berbau seperti ikan yang sudah busuk.
Rawatan
Jika bukan berpunca daripada masalah kesihatan lain, beberapa rawatan dapat dilakukan bagi menangani masalah bau badan dengan cara mengurangkan peluh.
Menurut Dr.Nazirin, produk antipeluh yang mengandungi aluminium klorida dapat menyekat liang peluh untuk sementara waktu lalu mengurangkan jumlah peluh yang keluar ke permukaan kulit.
Botulinium toxin atau lebih dkenali sebagai BOTOX® pula adalah rawatan alternatif mengurangkan peluh yang berlebihan di bahagian ketiak.
Selain itu, ada tablet yang boleh digunakan bagi mengurangkan pengeluaran peluh.
Bertemu Doctor
Walaupun bau badan boleh ditangani sendiri, anda beberapa keadaan memerlukan pesakit bertemu dengan doctor.
Apa yang penting perhatikan tubuh badan anda. Jika anda perasan badan anda berpeluh lebih banyak daripada biasa tanpa sebab, segera bertemu dengan doctor.
Tip Penjagaan
✓ Mandi setiap hari terutamanya menggunakan sabun anti-bakteria.
✓ Beri tumpuan penjagaan bahagian yang paling banyak peluh.
✓ Keringkan kaki sebaik sahaja selesai mandi.
✓ Sering tukar stokin dan gunakan yang tebal jika mengalami masalah kaki berbau yang teruk.
✓ Pakai produk antipeluh sebelum tidur.
✓ Pastikan bahagian ketiak anda kering. Bakteria lebih susah membiak di tempat kering.
✓ Tukar diet anda. Kurangkan makanan yang berempah seperti rempah kari, bawang putih dan bawang merah.
✓ Kurangkan pemgambilan minuman berkafein serta alkohol.
✓ Basuh baju anda yang mempunyai kesan peluh supaya bakteria tidak membiak.
✓ Cukur bulu ketiak dengan kerap bagi mengelakkan pembiakan bakteria serta mengurangkan peluh.
✓ Pakai pakaian daripada fabrik semulajadi seperti kapas dan sutera supaya kulit dapat bernafas.
No comments:
Post a Comment